Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian “Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman”
Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)”
Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.
Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.
Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun.
Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
Kaedah Fertigasi Secara Autopot:
1. Rumah pelindung hujan
2. Sistem pengairan.
3. Baja (Khas) untuk fertigasi,
4. Peralatan pHdan EC meter.
5. Sumber air bersih
6. Bekas tanaman di ladang semaian. (Polibeg & Autopot)
7. Media tanaman (Pecahan batu-batan)
8. Biji benih terpilih.
Kaedah Penanaman
Penyedian Larutan Stok: Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem Fertigasi, dan yang kedua yang dengan menggunakan kaedah secara manual.
Kaedah Penyedian Stok Dengan Menggunakan Baja Yang Dikhaskan
a) Terdapat dua stok, iaitu stok A dan B
b) Campuran baja A dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A .
c) Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B
d) Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
Kaedah Kedua Penyediaan Stok Baja Dengan Menggunakan Kaedah Secara Manual
Sediakan Formulasi Ini Terlebih Dahulu Dalam Sebuah Bekas ( Bekas C):
|
Set A |
Kuantiti (g) |
|
Kalsium Nitrat Iron (EDTA) |
18,720 328 |
|
Kalium Nitrat Monokaliumhydrogen Fosforan Magnesium Sulfate Manganese Sulfate Asid Borik Zingkam Sulfat Kuprum Sulfate Ammonium Molibate |
16,240 5,260 9,840 30 60 4.4 1.56 0.36 |
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia
Kemudian:
a) Masukkan Set A Ke Dalam Bekas A berukuran 100 liter air.
b) Masukkan Set B Ke Dalm Bekas B berukuran 100 liter air.
c) Masukkan kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan. Rujuk Jadual di bawah.
Penting:
Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi. Berikut adalah cadangan kepekatan daripada Jabatan Pertanian Malaysia:
|
Umur Pokok (Minggu) |
Kepekatan (EC) Tangki c |
Kepekatan (EC) Autopot |
|
1-2 2-4 4-6 6-7 8-9 >10
|
1.6 1.7 1.8 1.9 2.0-2.2 2.4-2.5 |
1.7 1.8 1.9 2.0 2.3-2.5 2.6-3.0 |
Semaian Anak Benih
a) Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7 ( Dibuat daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.
b) Sediakan polibeg berlubang berisikan batu-batan.
c) Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg
d) Polibeg Diletakkan ke dalam pot.
Penjagaan
a) Menyukat konduktiviti (E.C).
b) Menyukat pH larutan baja.
c) Menyembur racun serangga dan kulat.
d) Membuang tunas air,akar yang berlebihan di dalam autopot.
e) Membuat terillis
f) Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil.
Kebaikkan Sistem Fertigasi Autopot
a) Mengelak serangan penyakit, perosak, dan rumpai daripada tanah dan media.
b) Hasil pengeluaran yang tinggi.
c) Pertumbuhan pokok yang sekata.
d) Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.
e) Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.
f) Hayat simpanan (Shelf Life) buah yang lebih lama.
Anggaran Keuntungan Bagi 3000 autopot dalam jangka masa 3 bulan:
|
Perkara |
Jumlah (RM) |
|
Jumlah Pendapatan Kasar (5,500 kg @ RM3.50 Sekilogram) |
RM 19,250.00 |
|
Kos Perbelanjaan (Kos Pembangunan + Penyelengaraan) |
RM 7, 700.00 |
|
Pendapatan Bersih |



saya nak mencari sabut untuk diletakkan dlm polybag untuk tanaman cili ,,kat mana saya boleh mendapatkannya
saya berminat utk mengetahui kos (terperinci) utk membuat penanaman fetigasi rockmelon dari pembangunan awal sehingga kutipan hasil yg pertama( 75 hari)
boleh beri tahu saya beberapa maklumat mengenai tanaman fertigasi ini modal yg di perlukan bg tnah 2 ekar, margin ,pasaran dan pelbagai lagi secara khusus bg projek tanaman buah rock melon ini
macam mana nak dapatkan borang 2??leh bantu..
sabut tu boleh dibeli di bachok kelantan
sertai la di bawah Terengganu Agrotech Corp. Bhd. (TADC)
Salam Hakim..
Kak ada buat fertigasi cili dlm 100 beg ..masalahnya Kak beli baja air, kos tinggi. tolong b/tahu mana nak beli kompenen baja yg Hakim catitkan di atas.
Nisbah di atas sesuai untuk cili juga?
Bolih ke view sikit rokcmelon terbaru Hakim?
Kak ucapkan Syabas!!! semoga sentiasa dirahmati ALLAH.
1-Saya dapati fertigasi mempunyai baja set a dan b. Yang
ditunjukksn diatas formulasi set a. Bagaimana pula dengan
set b.
2- Bolehkah diterangkan fungsi fungsi setiap baja yang
terkandung dalam setiap set seperti kalium fungsinya
untuk apa.. dan seterusnya
PELUANG BISNES BARU : SEMINAR POTENSI PERNIAGAAN TANAMAN HIDROKULTUR 1-2 OGOS 2009 Lawati http://infohidrokultur.wordpress.com/