Cara Membuat Telur Itik Masin

30 May

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati. hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…

Pendahuluan

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

   Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

  • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
  • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
  • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
  • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
  • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
  • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

 Sumber:http://www.jphpk.gov.my

Soal Jawab Mengenai Itik Telur

30 May

A – Z SOAL JAWAB MENGENAI ITIK TELUR

  1. DI MANA TERDAPAT PERUSAHAAN ITIK TELUR ?

Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri-negeri Kedal, dan Perlis, perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi.

Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri.

  1. ADAKAH KOLAM AIR MESTI DISEDIAKAN UNTUK MEMELIHARA ITIK TELUR?

Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.

  1. BAKA-BAKA ITIK TELUR YANG SESUAI DAN PENGELUARANNYA

Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itikitik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Baka dan Pengeluaran Itik Telur

Baka

Berat Telur
(gm)

Bil. Telur setahun
(52 minggu)

Khaki Campbell Kacukan (Thailand)

70

260 – 274 biji

Kortlang Khaki Campbell (U.K.)

70

300 – 320 biji

Indian Runner

70

250 – 275 biji

Cherry Valley C2000

75

275 – 280 biji

Itik Jawa

65

180 – 200 biji

  1. DARI MANA BAKA-BAKA ITIK TELUR INI BOLEH DIPEROLEHI ?

Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utaria yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak.

  1.  
    1. Pembekal yang mengimport anak itik telur dari luar negeri seperti dari negeri Thailand.
    2. Pusat penetasan anak itik telur tempatan.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.

  1. BERAPAKAH HARGA SEEKOR ANAK ITIK ?

Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam lingkungan $0.80 – $2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya $1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak.

Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit.

Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan.

  1. ADAKAH ANAK ITIK BERUMUR SEHARI MEMERLUKAN API/LAMPU ?

Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.

  1. APAKAH PANDUAN SEMASA MEMBERI MAKANAN KEPADA ITIK TELUR ?

Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.

Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:

  1.  
    1. Makanan tradisional – dedak padi, beras hancur ikan baja.
    2. Makanan campuran sendiri – penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatansukatan tertentu seperti Hampas Kacang Soya, Beras Hancur, Serbuk Ikan dan lain-lain sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur.
    3. Makanan komersial – makanan ini dibeli di kedai pembekal makanan ayamitik dan boleh digunakan terus kepada itik telur.
  2. MENGAPA MAKANAN ITIK TELUR BERSUKAT ?

Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.

Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 – 2.1 kg.

  1. BAGAIMANA MENDAPATKAN BERAT BADAN ITIK YANG SEIMBANG ?

Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi. Scritiasa tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar.

Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi. Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 – 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya. Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan.

Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.

  1. JIKA SAYA INGIN MENGGUNAKAN MAKANAN KOMERSIAL, APAKAH JENIS-JENIS YANG BOLEH SAYA GUNAKAN ?
  1. Duck Starter Crumble 1 hari – 3 minggu.
  2. Duck Grower Pellet 4 minggu – 15 minggu
  3. Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas.
  1. JIKA SAYA INGIN MENCAMPUR MAKANAN ITIK SAYA SENDIRI, DARI MANA SAYA BOLEH PEROLEHI FORMULANYA?

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri atau Unit Ayamitik di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur ada menyimpan beberapa formula yang sesuai untuk tujuan tersebut. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan formula tersebut

  1. BERAPA BANYAKKAH SEEKOR ITIK TELUR YANG SEDANG BERTELUR MAKAN SEHARI ?

Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 – 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 – 200 gm sehari.

  1. BILA ITIK TELUR MULA BERTELUR ?

Itik yang menerima makanan yang secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke 18 atau ke 19. Jika makanan tidak cukup, ia tidak bertelur walaupun telah berumur 25 minggu. Tetapi jika makanan terialu berlebihan, ia akan bertelur lebih awal walaupun hanya baru berumur 14 – 16

  1. BERAPA LAMA ITIK BERTELUR ?

Ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.

  1. JIKA KULIT TELUR ITIK KOTOR, BOLEHKAH DICUCI DENGAN AIR ?

Tidak boleh! Kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun.

Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.

  1. SISTEM PERUMAHAN BAGI ITIK TELUR

Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut.

Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek temakan itik telur.

  1. LUAS LANTAI/TAPAK UNTUK REBAN TELUR ITIK ?

Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif.

Jadual 2 menyarikan keluasan reban yang diperlukan bagi itik

Jadual 2 : Keluasan Reban – Itik Tetur

Sistem
Perumahan

Umur Itik Telur

1 hari
hingga
4 minggu

5 minggu
hingga
20 minggu

20 minggu
ke atas

Intensif

10 ekor / m2

6 ekor / m2

4 – 5 ekor / m2

Separa Intensif

8 ekor / m2

7 ekor / m2

2 – 3 ekor / m2

Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2Orn Pdalah sesuai untui 500 – 600 ekor itik

  1. BAGAIMANA MENJAMIN KULIT TELUR VANG BERSIH ?

Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik.

Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering.

  1. DI MANAKAH TELUR ITIK BOLEH DIPASARKAN ?

Menjual telur itik sepatutnya tidak ada apa-apa masaalah, jika mutu adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri, FAMA ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah dan Perlis.

  1. APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA SEMASA PENJUALAN TELUR ITIK.

Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.

  1. BAGAIMANA KUNING TELUR BOLEH DIMERAHKAN ?

Bagi pentemak yang mencampuri makanan itik telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai xan thophyll dan ia boleh memberi warna merah kepada kuning telur. Kulit udang adalah sukar diperolehi.

Selain daripada kulit udang, pewarna sintetik juga sering digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai “corophyll”.

BAGAIMANA WARNA KUNING TELUR DITENTUKAN ?

Telur itik akan dipecahkan dahulu untuk melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas pewarna Roche (Roche’s colour Fan). Kuning telur yang pucat mempunyai bacaan 1 – 12. Bacaan 13 – 15 adalah bagi kuning telur yang merah

BAGAIMANA MEMPEROLEHI “CAROPHYLL”?

Kedai-kedai atau agen membekal makanan itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

  1. BAGAIMANA MENCAMPURKAN “CAROPHYLL” KE DALAM MAKANAN ?

“Carophyll” ini mahal harganya iaitu di dalam lingkungan $360 – $390/kg. Penggunaannya adalah sedikit dan bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur. Kebiasaannya 8 -12gm “carophyll” digunakan bagi setiap 100 kg. makanan.

Untuk mencampurkan “carophyll” ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 – 2 kg makanan. Gaul saina rata dan selepas tersebut, 5 kg makanan pula dicampur dengan campuran yang terdahulu. Ulang cara ini beberapa kaii dengan menambah makanan ke atas campuran yang telah dicainpur dengan carophyll.

Cara ini ialah untuk mendapatkan campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll.

  1. SELAIN DARIPADA TELUR SEGAR, BAGAIMANA TELUR ITIK DIJUAL KEPADA ORANG RAMAI ?

Telur asin dan telur abad adalah di antara telur itik yang telah diawit dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket

  1. BAGAIMANA PULA PENVAKIT ITIK ?

Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi, itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress jika dibandingkan dengan ayam, tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan.

Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat.

  1. ADAKAAH MENTERNAK ITIK TELUR MENGUNTUNGKAN ?

Ya. Kos mengeluarkan sebiji telur itik ialah dari 6 – 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 – 65% daripada jumlah itik telur.

Jika penternak menggunakan makanan komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 – 75% dan kos pengeluaran sebiji telur adalah dalam lingkungan 10 – 14 sen/biji.

Harga sebiji telur itik gred A (melebihi 65 gm dan warna pada kipas Roche 14 – 15) ialah 15 – 18 sen/biji.

  1. DI MANA SAVA HARUS PERGI UNTUK KETERANGAN LANJUT ?

Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri yang berdekatan atau menulis terus kepada:

Unit Ayam Itik
Bahagian Pengeluaran
Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Wisma Chase Perdana
Bukit Damansara, Off Jalan Semantan
50630 Kuala Lumpur.

Kami berbangga kerana dapat berkhidmat demi kemajuan dan kemahiran anda.

PENGHARGAAN

Siri Soal Jawab A – Z Mengenai Itik Telur ini telah dihasilkan dengan keriasama Puan Norhayati Omar yang telah menaip keseluruhan teks dan Encik Abu Hassan bin K. Alip, Pegawai Perhubungan Awam JPH serta Encik Mohd Yunus bin Mohd Ariffin, Pegawai Penerbitan, Kementerian Pertanian, yang telah mengatur urusan percetakannya.

Terima kasih.

 Sumber: http://agrolink.moa.my

Menternak Itik Telur

30 May

PENDAHULUAN

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

   mempunyai daya hidup yang tinggi

   bebas dari kecacatan

   penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)

   menghasilkan telur yang berkualiti

   berat antara 65 – 75 gm sebiji

   kulit telur adalah keras

   warna kuning telur kemerah-merahan

   saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg

   ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

   

Khaki Campbell

PERUMAHAN DAN PERALATAN

Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

1.    Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik

2.    Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.

3.    Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.

4.    Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN

 Induk palsu antaranya:

   Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,

   Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)

   Sarang bertelur

   Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

 
PEMAKANAN

Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

1.     Makanan komersil

2.     Makanan campuran sendiri

 1.Makanan Komersil

Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur

 

Jenis Makanan

 

Kandungan

Protin

Tenaga

0 – 2 minggu “Duck Starter”

20 %

2700-3000

2 – 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower”

4 – 16 minggu “Duck Grower”

16 %

2500 – 2800

16 minggu dan semasa bertelur “Layer”

17 %

2600 – 2900

 2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

                        Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur

 
0 – 4 minggu

1.2 kg. – 1.6 kg.

5 minggu – 22 minggu

11.0 kg – 11.8 kg

22 minggu ke atas (semasa bertelur)

160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

 

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-

   Menjaga kebersihan ladang setiap masa

   Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat

   Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.

   Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai

   Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak-      anak itik yang baru

   Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

   Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.

   Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

   Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.

   Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki

   Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

  •    Persediaan sebelum ketibaan anak itik
  •    Pemeliharaan semasa perindukan
  •    Pengurusan semasa membesar
  •    Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

   Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)

   Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.

   Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

   Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.

   Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.

   Beri antistress selama 3 hari.

   Beri makanan duck starter crumble tanpa had

   Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.

   Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
 

Pengurusan Semasa Membesar

   Keluarkan alat pemanas dan pembentung

   Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar

   Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering

   Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl

   Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .

   Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-

   Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.

   Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.

   Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.

   Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama

   Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)

   Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)

   Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata

   Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan

   Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

 

PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-


Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.

Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.

Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

PENGURUSAN REKOD

Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.

Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

   Rekod pemeliharaan/pengurusan

   Rekod kewangan

Sumber: http://www.jphpk.gov.my

Maaf

21 Mar

Dengan kesibukan sebagai seorang mahasiswa, saya memohon kemaafan dengan kelembapan perkembangan maklumat daripada blog.  Insyaallah, saya akan menambahnya tidak lama lagi.

Sistem Fertigasi Menggunakan ‘Autopot’ Rock Melon

6 Sep

Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian “Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman”

Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila  baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)”

Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.

Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

 

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun.  

Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

Kaedah Fertigasi Secara Autopot:

1.       Rumah pelindung hujan

2.       Sistem pengairan.

3.       Baja (Khas) untuk fertigasi,

4.       Peralatan pHdan EC meter.

5.       Sumber air bersih

6.       Bekas tanaman di ladang semaian. (Polibeg & Autopot)

7.       Media tanaman (Pecahan batu-batan)

8.       Biji benih terpilih.

Kaedah Penanaman

Penyedian Larutan Stok: Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem Fertigasi, dan yang kedua yang dengan menggunakan kaedah secara manual.

 Kaedah Penyedian Stok Dengan Menggunakan Baja Yang Dikhaskan

a)      Terdapat dua stok, iaitu stok A dan B

b)      Campuran baja A dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A .

c)       Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B

d)      Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

 

Kaedah Kedua Penyediaan Stok Baja Dengan Menggunakan Kaedah Secara Manual

 

Sediakan Formulasi Ini Terlebih Dahulu Dalam Sebuah Bekas ( Bekas C):

 

Set A

Kuantiti (g)

Kalsium Nitrat

Iron (EDTA)

18,720

328

Kalium Nitrat

Monokaliumhydrogen Fosforan

Magnesium Sulfate

Manganese Sulfate

Asid Borik

Zingkam Sulfat

Kuprum Sulfate

Ammonium Molibate

16,240

5,260

9,840

30

60

4.4

1.56

0.36

            Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Kemudian:

a)      Masukkan Set A Ke Dalam Bekas A berukuran 100 liter air.

b)      Masukkan Set B Ke Dalm Bekas B berukuran 100 liter air.

c)       Masukkan kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan. Rujuk Jadual di bawah.

 Penting:

Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi. Berikut adalah cadangan kepekatan daripada Jabatan Pertanian Malaysia:

Umur Pokok

(Minggu)

Kepekatan (EC)

Tangki c

Kepekatan (EC)

Autopot

1-2

2-4

4-6

6-7

8-9

>10

 

1.6

1.7

1.8

1.9

2.0-2.2

2.4-2.5

1.7

1.8

1.9

2.0

2.3-2.5

2.6-3.0

 

Semaian Anak Benih

a)      Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7 ( Dibuat daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.

b)      Sediakan polibeg berlubang berisikan batu-batan.

c)       Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg

d)      Polibeg Diletakkan ke dalam pot.

 

 

Penjagaan

a)      Menyukat konduktiviti (E.C).

b)      Menyukat pH larutan baja.

c)       Menyembur racun serangga dan kulat.

d)      Membuang tunas air,akar yang berlebihan di dalam autopot.

e)      Membuat terillis

f)       Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil.

Kebaikkan Sistem Fertigasi Autopot

a)      Mengelak serangan penyakit, perosak, dan rumpai daripada tanah dan media.

b)      Hasil pengeluaran yang tinggi.

c)       Pertumbuhan pokok yang sekata.

d)      Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.

e)      Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.

f)       Hayat simpanan (Shelf Life) buah yang lebih lama.

Anggaran Keuntungan Bagi 3000 autopot dalam jangka masa 3 bulan:

<td st

Jurutera Terpaut Ikan Ketutu

28 Aug

Utusan Malaysia

Khairunnisa Sulaiman:Utusan Malaysia 22/08/2008

Kepakaran dalam bidang profesional masing-masing mendorong golongan tersebut memanfaatkan apa yang mereka miliki untuk diaplikasi dalam bidang pertanian. Ketika pertanian telah mula mendapat sambutan, golongan profesional seperti akauntan, peguam, malah jurutera sekali pun tidak mahu ketinggalan merebut peluang untuk memanfaatkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut.

Golongan jurutera sebagai contoh, sama ada awam, mekanikal, kimia atau jentera – berpendapat mereka boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk ‘memudahkan lagi’ industri pertanian.  Contoh terdekat boleh di ambil ialah bagaimana Adrian Yeoh, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan awam dari Universiti Central Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), memulakan kerjaya sebagai jurutera binaan.

Beliau bagaimanapun tidak betah bertugas sebagai jurutera yang disifatkannya penuh dengan tekanan. Pada masa yang sama, Adrian berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dengan melayari Internet atas tujuan mencari bidang-bidang lain yang boleh diceburi. Beliau tidak mengambil masa lama, sebaliknya dalam tempoh dua tahun, Adrian menjalankan kajian mengenai bidang pertanian dan komoditi termasuk akuakultur dan kelapa sawit. etelah membanding pelbagai jenis industri, hati Adrian terpaut dengan akuakultur yang menurut katanya menguntungkan dibanding dengan bidang pertanian lain.

Bidang perikanan, menurut kata Andrian, mempunyai banyak potensi memandangkan ia merupakan sumber protein utama. Mengkaji pelbagai jenis ikan air tawar yang berpotensi termasuk keli, tilapia, kelah dan ikan ketutu, Andrian meneliti lebih lanjut mengenai pemakanan, kelakuan dan pasaran setiap jenis ikan. “Menerusi pelbagai kajian yang dijalankan, saya mendapati ikan pemangsa ini lebih mudah diselenggarakan berbanding ikan lain. “Ikan pemangsa yang hanya duduk diam ini mudah diternak jika kita tahu mengenai kelakuannya,” katanya.

Beliau yang juga pengarah VCA Aquafarm Sdn. Bhd., bertanggungjawab membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ikan ketutu. Kajian yang memakan masa lima tahun, membantu beliau menternak ikan ketutu dengan lebih sistematik dengan reka bentuk kolam yang sesuai untuk tumbesaran ikan. Rekaan kolam yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan menggunakan kolam gentian kaca yang tahan sehingga 30 tahun.

“Saya lebih gemar menggunakan gentian kaca kerana ia lebih tahan lasak dan boleh diselenggara dengan mudah jika pecah atau bocor,” katanya yang membelanjakan lebih RM1 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Adrian juga mereka bentuk penapis kolam dengan 12 lapisan bagi memudahkan penternak menukar air hanya dua tahun sekali. Kolam yang sebesar empat kali lapan kaki ini boleh menampung sehingga 300 ekor ikan ketutu pada satu-satu masa. Adrian berkata, ikan ketutu cepat membesar jika mendapat pemakanan yang mencukupi.

“Bagi memudahkan ikan mendapatkan makanan yang mencukupi saya telah mendirikan ‘kondo’ bagi kediaman ikan,” katanya yang mereka bentuk kolam ternakan yang murah serta mudah alih.

‘Kondo’ yang disusun berhampiran bukan saja sebagai tempat berehat ikan ketutu tetapi juga membolehkan ikan mendapatkan makanan dengan mudah.

Ikan ketutu lebih senang berehat dalam ‘kondo’ yang disediakan dan hanya akan makan jika anak-anak ikan berhampiran dengannya. “Setiap rumah boleh memuatkan seekor atau dua ekor ikan dengan jarak antara kondo yang agak dekat. “Oleh kerana ikan ketutu adalah ikan yang pemalas, tinggal di ‘kondo’ akan memudahkannya mendapatkan makanan,” katanya. Biasanya anak-anak ikan yang berenang di sekeliling akan mudah untuk dijadikan mangsa ikan ketutu.

Disebabkan ikan ketutu tinggal di kawasan dasar lombong, tasik atau sungai yang gelap, Adrian menyediakan habitat yang lebih kurang sama. “Biasanya pada siang hari, saya akan membiarkan persekitaran agak gelap dengan menutup semua pintu dan tingkap. “Ketika itu ikan ketutu akan lebih cergas mencari makanan dan tumbesaran akan menjadi lebih cepat,” katanya. Lebih menarik Adrian berjaya mengurangkan penggunaan antibiotik pada ikan dengan menggantikannya dengan rawatan alternatif.

“Di sini saya menggunakan teknologi ultra lembayung (UV) untuk membasmi kuman sehingga 99.9 peratus,” katanya yang telah mempatenkan semua rekaannya. Berdasarkan kajian yang dijalankan, Adrian mendapati ikan ketutu merupakan antara ikan komersial yang mendapat permintaan dan harga yang tinggi.

“Saya sendiri tidak dapat memenuhi permintaan ikan ketutu di dalam negara terutama semasa Tahun Baru Cina dan musim perkahwinan yang biasanya semasa cuti sekolah. “Permintaan ikan ketutu di luar negara seperti Hong Kong, Taiwan, China manakala negara seperti Jerman, Libya dan Kanada mempunyai potensi pasaran yang besar,” katanya. Sentiasa memandang ke hadapan Adrian sedang menjalankan R&D bagi proses ternakan ikan yang menepati HACCP untuk memudahkan pengeksportan keluar negara terutama di negara-negara Eropah.

 

Maeps Buka Pada Hari Minggu: Dalam Pertimbangan

26 Aug

Berita Harian 25/08/2008

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempertimbangkan cadangan membuka Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini, pada hujung minggu untuk pameran dan jualan pertanian seperti penjualan baja, biji benih, buahan dan sayuran.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementerian juga meneliti cadangan supaya hotel bajet dibina di Maeps untuk kemudahan mereka yang terbabit dengan mana-mana pameran di situ selain pembinaan stesen ERL di sini,

“Kita akan menimbangkan semua perkara ini selain akan lebih aktif mempromosikan Maeps.

“Pada masa ini, kita menerima pertanyaan daripada pelbagai agensi dan syarikat yang berminat mengadakan pameran di Maeps kerana tertarik dengan kemudahan dan infrastruktur disediakan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2008, di sini, semalam.

Maeps yang membabitkan pelaburan RM250 juta menjadi lokasi Maha 2008, menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa kepada peserta dan pengunjung pameran.

Perkara

Jumlah (RM)

Jumlah Pendapatan Kasar

(5,500 kg @ RM3.50 Sekilogram)

RM 19,250.00

Kos Perbelanjaan

(Kos Pembangunan + Penyelengaraan)

RM 7, 700.00

Pendapatan Bersih

syah on Jurutera Terpaut Ikan Ket…
ARIFF B ISMAIL on Maaf
ARIFF B ISMAIL on Cara Membuat Telur Itik M…
sue on Cara Membuat Telur Itik M…
tommy ks on Zeolite: Kepentingannya Dalam…
wan on Soal Jawab Mengenai Itik …
SYAH on Jurutera Terpaut Ikan Ket…
Zainal Abidin Abd Az… on Maaf
Ogos 2016
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.