Zeolite: Kepentingannya Dalam Tanaman Dan Sistem Pengairan

21 Aug

Situasi membimbangkan yang berlaku pada masa kini, ialah tatkala terapat segelintir petani yang kurang mengambil berat mengenai faktor penjagaan selepas penanaman. Selain daripada kawalan serangga dan rumpai, antara elemen yang paling penting dalam proses tumbesaran tanaman ialah faktor pembajaan yang merupakan sumber asas makanan kepada tumbuhan. Fenomena yang berlaku pada masa kini, ialah kerancakkan penggunaan baja kimia yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia yang juga sebenarnya merosakkan struktur tanah yang sudah pastinya akan mengurangkan sumber hasil pertanian pada masa akan datang.

Maka, dalam entri terawal pada hari ini ialah kita akan membincangkan penggunaan Zeolite dalam proses penjagaan tanaman.

Apakah yang kita faham mengenai Zeolite?

Zeolite merupakan kumpulan galian yang unik yang terasil daripada proses Endapan berjuta-juta tahun dahulu  hasil daripada proses letusan gunung berapi. Apakah kepentingan galian ini kepada tanaman anda? Baiklah, kandungan yang terdapat dalam di dalam Zeolite ialah Kalsium, Pottasium,Magnesium, dan kadar pertukaran ion (CEC) sebanyak 120 meq/100g. CEC (Cation Exchange Capacity) atau kadar pertukaran Ion merupakan elemen yang paling untuk mengikat dan menarik bajadan juga sumber-sumber makanan yang berdekatan agar kekal lebih lama tanpa berlakunya pembaziran.

 

Apakah Kegunaan Zeolite?

Pertanian:

  • Menyerap kandungan nutrient dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.
  • Mencegah kehilangan nutrient.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman,
  • Memulih dan memelihara tanah dengan baik sekali.
  • Meningkatkan berat hasil tanaman.
  • Meningkat jangka hayat tanaman.
  • Menyerap 55% air dan menyebarkannya perlahan-lahan kepada tanaman mengikt keperluan.
  • Mengurangkan akar busuk atau rosak dan sesuai untuk musim kemarau yang sederhana.

 Bidang Penternakan Akuakultur

  • Meningkatkan tumbesaran ikan dan ternakan lain.
  • Mengimbangi pH dalam air.
  • Menyerap dan mengunci logam berat, mengelak pembentukan logam berat dalam air.
  • Membaiki dasar kolam dan mengurangkan kandungan ammonia dalam air.

Makanan Tambahan Ternakan

  • Mengurangkan kadar kematian
  • Mengurangkan kehadiran serangga dan lalat.
  • Mencegah penyebaran penyakit.
  • Meningkatkan hasil, kadar kehidupan ternakan ruminant dan unggas.
  • Mengurangkan dan mencegah kenaikkan kandungan ammonia.

Pembersihan Dan Penapisan Air

  • Meningkatkan aktiviti biologi di dalam kolam, kolam kumbahan dan penguraian sisa.
  • Sebagai media pengasingan logam berat dalam air dalam industri perlombongan.

Faedah Menggunakan Zeolite ?

  • Tumbesaran pokok bertambah baik dan sihat.
  • Berat buah-buahan, sayur-sayuran, padi, getah, kelapa sawit dan lain-lain akan bertambah.
  • Daya tahan penyakit kepada tanaman akan bertambah.
  • Pengurangan baja kimia, dalam keadan yang sama hasil tanaman bertambah baik.
  • Mesra alam, dan mengelak daripada kerosakkan tanah.

Cara Penggunaan:

Tanaman

Kuantiti

Masa/Kekerapan

Cara Penggunaan

Kelapa Sawit, Koko, Tebu, Getah, Padi, Balak, Kenaf

100-200kg/ekar

(4-8 Beg/Ekar)

 

Semasa penyedian tanah

1. Tabur keliling pokok.

Atau:

Buah-buahan & Sayur-sayuran

75-150 kh/ekar

(3-6 Beg/ekar)

Campurkan ketika membaja

2.Gali tanah dan tanam.

Atau

 

3.Tabur antara garisan  tanaman.

Atau:

Rumput Padang Golf, Pokok Bunga

200g/m2

(2 Tan/Hektar)

3-4 kali setahun

4.Tabur dengan rata

 Analisis Kandunan Nutrien Gunung Berapi (Clinoptilolite) dalam Zeolite:

 

K       4

Na    12

Mg   18

Ca    85

119 meq/100g (cec)

 

Zeolite: Berasal Daripada Endapan Lahar Gunung Berapi Jutaan Tahun Yang Lampau.

Sebarang pertanyaan mengenai Zeolit: Sila Tinggalkan pada komen anda. Isikan ruangan yang wajib, nama, dan email anda. 

 

8 Respons to “Zeolite: Kepentingannya Dalam Tanaman Dan Sistem Pengairan”

  1. ngah September 3, 2008 pada 4:25 pm #

    Saya ada menternak ikan keli dalam kolam semen masalahnya air menjadi busuk dan ikan lambat besar persoalannya :- 1. bolehkah diatasi masalah air menjadi busuk 2. berapa banyak kah yang saya harus gunakan Zeolite dalam kolam bersaiz 20’x40′ kedalaman air 2′ 3. berapakah harga 4. bagaimana cara penggunaanya

    Nur Hakim: 1. Air busuk memang boleh diatasi.
    2. Satu beg sudah memadai.
    3. Harga dalam lingkungan RM 40.00 satu beg.
    4.Penggunaannya sangat simple, taburkan sahaja ke dalam kolam anda. Mudah.

  2. ngah September 8, 2008 pada 5:46 am #

    Betulkah pendapat mengatakan zeolite akan hilang kuasa penyerapan ammonia apabila telah tepu dan perlu direndam larutan garam

  3. haji shaifulazmi November 7, 2008 pada 5:31 pm #

    di mana saya boleh mendapatkan hasil laporan ujikaji makmal ttng faedah penggunaan baja zeolite secara saintifik n terperinci..ini kerana saya ada mempunyai ladang kelapa sawit.n selain sebagai baja apalagi kegunaan zoelite yg boleh diguna pakai didalam industri sawit

  4. Airell Januari 29, 2009 pada 5:01 am #

    Salam,

    Saya berminat hendak membeli zeolite sebanyak 1 kg dahulu untuk percubaan projek perternakan keli saya. Boleh encik nyatakan harga utk 1 kg + kos penghantaran ke Sarawak.
    Sekian.

  5. ahmad bin senawi Februari 12, 2009 pada 3:55 pm #

    1.Berapa lama zeolite boleh digunakan dalam kolam simen ternakan ikan keli sehingga tuai
    2.Betulkah pendapat mengatakan zeolite akan hilang kuasa penyerapan ammonia apabila telah tepu dan perlu direndam larutan garam
    3.Kalau ditabur bagaimana hendak kutik balik bila dia dah tepu

  6. tommy ks Julai 30, 2010 pada 7:42 am #

    saya memiliki lahan seluas lebih dari 300.000 m2 dengan kedalaman mencapai 100 m lebih. lahan yang mengandung batu zeolit kualitas baik. saya mengajak siapa saja yang berminat untuk menambang / kerjasama. untuk tujuan perdagangan. silahkan hub., saya di no hp. 0811727889. 0819697982
    lokasi di propinsi lampung . dekat dengan dermaga panjang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: