Kenaf Sumber Baru Ekonomi

23 Aug

Utusan Malaysia

BACHOK 22 Ogos – Kerajaan akan berusaha memajukan tanaman kenaf sebagai satu industri perladangan sebagaimana kelapa sawit agar menjadi satu sumber baru ekonomi yang akan memberi kekayaan dan meningkatkan kemakmuran rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan pengalaman tadbir urus ladang dan penyelidikan yang panjang serta pasaran yang luas, statusnya boleh mencapai tahap sebagaimana industri kelapa sawit pada masa depan.

”Ia seperti kelapa sawit, tanaman yang dibawa masuk dari luar dan saya percaya ia akan membawa kejayaan yang sama pada masa depan dan menjadi satu sumber kemakmuran dengan pendapatan berganda untuk rakyat.

”Kita mempunyai kelebihan berkaitan penanaman pokok yang menghasilkan banyak pulangan. Kita berkebolehan dari segi untuk tadbir urus ladang yang besar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama di MARDI yang kuat serta punyai pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, Pembungkusan Pengedaran Kenaf (CPCC) Symphony Advance Sdn. Bhd. (SASB) dan Penghantaran Pertama Serbuk Kenaf ke Korea di Beris Lalang, dekat sini petang ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin; Menteri Pertanian dan Industri Aasas Tani; Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II, Tan Sri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A. Aziz.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan wakil Menteri Besar Kelantan, Abdullah Mat Nawi.

Katanya lagi, penyelidikan mengenai kenaf telah dilakukan sejak 10 tahun lalu dan beliau mahukan industri ini mula digerakkan tanpa menunggu lebih banyak masa kerana pokok ini mempunyai potensi yang besar dengan pelbagai kegunaannya.

Di bawah pelan induk pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), tanah seluas 10,000 hektar akan diusahakan di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dan ia dikenal pasti tanaman alternatif kepada lebih 10,000 penanam tembakau di pantai timur.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan upacara pertukaran dokumen perjanjian antara SASB dengan Samsung Cheil Industries Inc. dan pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Mara dan SASB.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Abdullah mahu pelbagai projek yang telah diusahakan sebagai pemangkin pembangunan ECER termasuk dipastikan kejayaannya agar benar-benar mencapai matlamatnya.

Katanya, bagi menggerakkan sektor aktiviti pertanian berskala besar yang mempunyai nilai tambah serta aplikasi teknologi moden yang tinggi ini, kerajaan melalui Lembaga Tembakau Negara dan agensi lain terus meningkatkan usaha dengan pelbagai pendekatan.

 

 

 

2 Respons to “Kenaf Sumber Baru Ekonomi”

  1. network53 Januari 26, 2009 pada 7:29 pm #

    Dimana saya dapat maklumat lanjut mengenai kenaf?

  2. hasirin Februari 7, 2009 pada 4:03 pm #

    Saya amat berminat dengan tanaman kenaf ini. Saya banyak membaca dan mencari maklumat mengenai potensi tumbuhan ini dan mendapati ia merupakan tumbuhan ajaib yang berpotensi besar. Saya bercita-cita akan menjadi salah seorang penanam tanaman ini di negeri sabah, memandangkan kawasan tanah terbiar disini sangat luas. cuma kami di sini kekurangan sumber dan alat hubungan dengan pengelola tanaman ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: