Koternak: Buka 41,000Peluang Kepada Siswazah Menganggur

24 Aug

 Masalah pengangguran siswazah pada hari ini bukan hanya sekadar berpunca daripada peluang pekerjaan yang kurang, mahupun keputusan yang tidak memberansangkan, tetapi persoalan yang paling utama ialah sejauh mana siswazah mampu untuk berdikari sendiri mencari peluang yang terbuka luas di hadapan mata. Benar, untuk melakukan sesuatu kita perlu untuk memulakan langkah yang pertama. Kini peluang kepada 41,000 siswazah yang berminat dalam bidang penternakkan semakin cerah. KOTERNAK ataupun lebih dikenali sebagai Koperasi Penternak Dan Pengimport Ternakan Malaysia, telah membuka peluang ini kepada golongan siswazah yang menganggur, untuk menceburi bidang penternakkan.

   Situasi yang berlaku pada hari ini dalam bidang penternakkan negara Malaysia, ialah kita terlalu bergantung kepada negara luar sebagai sumber bekalan daging negara. Situasi yang lebih malang lagi pada hari ini, perkembangan pengeluaran  bidang penternakkan masih lagi di tahap yang lemah dan sering berlaku kekurangan. Jawapannya, kita terpaksa mengimport daripada negara luar sebagai usaha untuk menampung permintaan dalam negara seperti New Zealand dan Australia. Apakah kita tidak sedar? Ini merupakan satu peluang yang sangat besar buat individu yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan. Tanggapan bahawa bidang penternakkan merupakan satu usaha yang sukar dan banyak halangan yang perlu ditempuhi sepatutnya dipadam habis-habisan buat insane yang risau dan takut kepada baying-bayang sendiri yang belum pasti berlaku ataupun tidak. Inilah yang dikatakan manusia suka meletakkan tembok halangan dalam pemikiran sendiri yang akhirnya menyebabkan sehingga kini dan seterusnya masih lagi di takuk yang lama kerana suka memberi alasan dan berfikir sehingga ke tahap yang akhirnya menyebabkan semangat menjadi lemah. Apa yang terjadi? Akhirnya, akal memakan diri sendiri. Itulah perlunya kita sebagai mahasiswa mahupun siswazah berfikir dengan menerobos sempadan diri agar semangat untuk berjuang dan berjuang sentiasa berkobar-kobar. Percayalah, segalanya akan musnah, sekiranya semangat seseorang itu lemah dan tidak berdaya.

  Kepada yang berminat dalam bidang ternakkan, ini merupakan satu peluang kepada anda, jangan lepaskan peluang ini, cubalah dan teruskanlah berjuang selagi kita masih bernafas dan mampu untuk berdiri dan melangkah. Semoga berjaya buat semua!

Berita Harian : Klik Sini

KOTERNAK:

Web Site: http://www.koternak.com/

Untuk Maklumat Lanjut:

012-3966605, 018-2083766 atau 018-205337555

5 Respons to “Koternak: Buka 41,000Peluang Kepada Siswazah Menganggur”

  1. rohaya binti mohamed nawar September 11, 2008 pada 2:49 am #

    Saya berminat dengan iklan ini. bagaimana untuk saya memohon memasuki bidang atau peluang pekerjaan ini?

    Lukman Hakim: Tahniah dengan semangat saudari, sila hubungi Koternak di no:012-3966605, 018-2083766 atau 018-205337555

  2. nur ezrin hazira bt abdullah September 21, 2008 pada 1:25 pm #

    Saya ex student diploma pertanian,kolej risda melaka.saya berminat nak join dan jadi ahli koternak.saya dh kol koternak,agk2 nya bile ye nk mula?saya rindu yang segalanya berkaitan pertanian.harap2 saya terpilih dalam latihan nie.xsabar nak jadikan ianya pekerjaan tetap juga kerjaya buat saya dalam bidang pertanian!

    Nur Hakim: Satu usaha yang baik, semoga berjaya!! Kalau dah berjaya jangan lupa bagitau saya tau.. hehehe.. Bila nak mula? Mungkin memerlukan sedikit masa, memandangkan ini adalah satu pogram yang menelan belanja yang besar.. hehehe..harap bersabar y..

  3. Stephen Ng Mac 16, 2009 pada 3:34 am #

    Saya seorang siswazah yang menamat pengajian tinggi saya di UUM dalam bidang Information Technology
    Saya amat berminat dalam bidang pertanian sejak kecil lagi, berhasrat menceburi sepenuh masa dalam bidang pertanian!!
    Adakah peluang itu masih terbuka?
    Sekian Terima Kasih.

    Agro87: Em.. saya tidak pasti, mungkin boleh menghubungi pihak Koternak secara terus.

  4. tarmizi November 21, 2009 pada 4:36 am #

    cmne saya ingin mendaftar sebagai ahli? saya juga mengambil program penternakan di bawah program tunas mekar, laman web koternak xdapat saya cari..

  5. ~AbeNeO^ Mac 3, 2010 pada 3:50 am #

    Xde org pikir nk tanam saffron, vanila, kastor & jati ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: