Cara Membuat Telur Itik Masin

30 Mei

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati. hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…

Pendahuluan

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

   Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

  • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
  • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
  • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
  • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
  • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
  • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

 Sumber:http://www.jphpk.gov.my

13 Respons to “Cara Membuat Telur Itik Masin”

  1. zaid sahlan Jun 17, 2009 pada 4:00 am #

    TELUR MASIN STEP BY STEP layari blong kami utk perkongsian pintar, perkongsian ilmu…

    • us mohd zin Disember 14, 2009 pada 1:20 pm #

      sya brminat unt ternak itik telur..,sy ada tnh sluas 1 ekar..brapa ekorkah bleh ternak???camne sy nk beli itik yg besar dan hampir bertelur.??brapakah harga???

  2. sharif Jun 23, 2009 pada 4:16 am #

    sya nk tau cara nk buat telur masin

    • agro87 Oktober 23, 2009 pada 12:41 pm #

      Saya sudah masukkan ke entry yang seterusnya.. harap boleh dijadikan panduan ye.. dah jadi tu, jangan lupa belanja saya makan pula.. haha..

  3. amin Julai 20, 2009 pada 9:34 am #

    kepada sapa2 yg ingin berkongsi kemahiran itik leh juga ym saya amin_ict.
    014 8394083
    kuantan

    saya dalam perancangan nk besarkan ternakan itik telur ini. hrp dpt support dr kawan2 smua

  4. lee Januari 15, 2010 pada 4:36 pm #

    kami menbekalkan anak itik telur dan anak itik pedaging ke seluruh malaysia .kami akan menberi cara ternak anak itik yang terbaik kepada peternak baru.
    012-4346891 lee

    • shamsuri a.jalil Mac 9, 2010 pada 4:58 am #

      saya ada ternak itk telur sebanyak 500 ekor..dan mula bertelur..saya bercadang untuk menambah bil ternakan itik saya…saya ingin tahu berapa harga seekor anak itik….dan jikalau tuan tahu dimana untuk mendapatkan makanan itik dengan harga berpatutan.

  5. eyza Februari 8, 2010 pada 6:14 am #

    saya baru nak cuba ternak itik,saya nak tahu cara-cara ternak itik dengan lebih terperinci.

  6. shiela Februari 17, 2010 pada 8:33 am #

    sy ingin tahu,berapakah modal untuk membuat penanaman cendawan.dan apakah resiko nya

  7. RAZAK 0192299119 Februari 18, 2010 pada 1:10 pm #

    http://www.unggasliasari.com penternak itik bumiputra yg sedia mengajar menternak secara percuma.

  8. shamsuri a.jalil Mac 9, 2010 pada 5:23 am #

    Saya ada mengushakan ternakan itik telur sebayak 500 ekor di kuala pilah n9..dan sudah mula bertelur …buat masa sekarang dlam sehari sebanyak 300~320 biji telur dihasilkan ..pasaran saya adalah kedai2 makan disekitar kuala pilah dan seremban…masalah nya sekarang saya tidak ada masa untuk pegedaran telur2 itik saya dan kekadang saya terpaksa meyimpan stok ..ini meyebabkan telur2 itu tadi jatuh mutunya …..Saya mengharapkan sesiapa yang boleh membantu untuk membeli telur itik saya secara borong.harga boleh dirundingkan…

    untuk pertayaan boleh hubunggi saya…Ujang -0193368606

  9. sue Ogos 10, 2010 pada 3:18 pm #

    saya nak tahu macam mana nak jeruk telur dengan guna air dalam tabung…bleh tunjukkan susah cari tanah ,sekam padi….saye bukan nak berniaga cuma nak buat kt rumah je…

    • ARIFF B ISMAIL Ogos 16, 2010 pada 11:46 pm #

      SAYA NAK TAHU JIKA ITEK SAYA SUDAH TUA DAN TAK MAHU BERTELUR LAGI, BAGAIMANA SAYA NAK BUAT. JIKA BILANGANNYA 300 KE 400 EKUR KEMANA HENDAK SAYA HANTAR ATAU JUAL ???…

Tinggalkan Jawapan kepada shamsuri a.jalil Batal balasan