Fakta Islam Dalam Veterinar

24 Ogo

Prof Madya Dr Rashid :
Fakulti Perubatan Veterinar UPM

Pogram:  Simposium Kecemerlangan Al Quran Menerusi Perspektif Sains 

 

 

Lalat menggunakan enzim untuk mengubah kandungan makanan yang dihinggapinya.

Sebab itulah makanan tersebut sudah tidak elok untuk dimakan.

Perkataan Somalia dari perkataan Somal yang bermaksud- perahlah susu untuk tetamu datang. 

Tiap satu rumput di muka bumi ini ada satu malaikat yang menjaganya. Subhanallah 

Dalam sembelihan, orang Barat memotong spinal cord dalam haiwan. Sebenarnya tindakan ini menyebabkan daging berlebihan dan daging berwarna merah.

Dalam otak ikan ada kandungan Aluminium yang tinggi, sebab itulah orang Somalia tidak makan ikan walaupun negara tersebut banyak laut.     

Negara Somalia paling banyak Hafiz didunia baik lelaki atau perempuan.

Nabi Yunus di telan ikan Nun di negara Somalia

Katak akan duduk menghala ke Timur pada waktu rehat (kiblat). Katak akan berzikir bila ‘duduk saja’. Sebab itu kita dilarang untuk membunuh katak. 

 

 
 

Sumber: Klik Sini

 

 

Koternak: Buka 41,000Peluang Kepada Siswazah Menganggur

24 Ogo

 Masalah pengangguran siswazah pada hari ini bukan hanya sekadar berpunca daripada peluang pekerjaan yang kurang, mahupun keputusan yang tidak memberansangkan, tetapi persoalan yang paling utama ialah sejauh mana siswazah mampu untuk berdikari sendiri mencari peluang yang terbuka luas di hadapan mata. Benar, untuk melakukan sesuatu kita perlu untuk memulakan langkah yang pertama. Kini peluang kepada 41,000 siswazah yang berminat dalam bidang penternakkan semakin cerah. KOTERNAK ataupun lebih dikenali sebagai Koperasi Penternak Dan Pengimport Ternakan Malaysia, telah membuka peluang ini kepada golongan siswazah yang menganggur, untuk menceburi bidang penternakkan.

   Situasi yang berlaku pada hari ini dalam bidang penternakkan negara Malaysia, ialah kita terlalu bergantung kepada negara luar sebagai sumber bekalan daging negara. Situasi yang lebih malang lagi pada hari ini, perkembangan pengeluaran  bidang penternakkan masih lagi di tahap yang lemah dan sering berlaku kekurangan. Jawapannya, kita terpaksa mengimport daripada negara luar sebagai usaha untuk menampung permintaan dalam negara seperti New Zealand dan Australia. Apakah kita tidak sedar? Ini merupakan satu peluang yang sangat besar buat individu yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan. Tanggapan bahawa bidang penternakkan merupakan satu usaha yang sukar dan banyak halangan yang perlu ditempuhi sepatutnya dipadam habis-habisan buat insane yang risau dan takut kepada baying-bayang sendiri yang belum pasti berlaku ataupun tidak. Inilah yang dikatakan manusia suka meletakkan tembok halangan dalam pemikiran sendiri yang akhirnya menyebabkan sehingga kini dan seterusnya masih lagi di takuk yang lama kerana suka memberi alasan dan berfikir sehingga ke tahap yang akhirnya menyebabkan semangat menjadi lemah. Apa yang terjadi? Akhirnya, akal memakan diri sendiri. Itulah perlunya kita sebagai mahasiswa mahupun siswazah berfikir dengan menerobos sempadan diri agar semangat untuk berjuang dan berjuang sentiasa berkobar-kobar. Percayalah, segalanya akan musnah, sekiranya semangat seseorang itu lemah dan tidak berdaya.

  Kepada yang berminat dalam bidang ternakkan, ini merupakan satu peluang kepada anda, jangan lepaskan peluang ini, cubalah dan teruskanlah berjuang selagi kita masih bernafas dan mampu untuk berdiri dan melangkah. Semoga berjaya buat semua!

Berita Harian : Klik Sini

KOTERNAK:

Web Site: http://www.koternak.com/

Untuk Maklumat Lanjut:

012-3966605, 018-2083766 atau 018-205337555

Kenaf Sumber Baru Ekonomi

23 Ogo

Utusan Malaysia

BACHOK 22 Ogos – Kerajaan akan berusaha memajukan tanaman kenaf sebagai satu industri perladangan sebagaimana kelapa sawit agar menjadi satu sumber baru ekonomi yang akan memberi kekayaan dan meningkatkan kemakmuran rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan pengalaman tadbir urus ladang dan penyelidikan yang panjang serta pasaran yang luas, statusnya boleh mencapai tahap sebagaimana industri kelapa sawit pada masa depan.

”Ia seperti kelapa sawit, tanaman yang dibawa masuk dari luar dan saya percaya ia akan membawa kejayaan yang sama pada masa depan dan menjadi satu sumber kemakmuran dengan pendapatan berganda untuk rakyat.

”Kita mempunyai kelebihan berkaitan penanaman pokok yang menghasilkan banyak pulangan. Kita berkebolehan dari segi untuk tadbir urus ladang yang besar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama di MARDI yang kuat serta punyai pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, Pembungkusan Pengedaran Kenaf (CPCC) Symphony Advance Sdn. Bhd. (SASB) dan Penghantaran Pertama Serbuk Kenaf ke Korea di Beris Lalang, dekat sini petang ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin; Menteri Pertanian dan Industri Aasas Tani; Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II, Tan Sri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A. Aziz.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan wakil Menteri Besar Kelantan, Abdullah Mat Nawi.

Katanya lagi, penyelidikan mengenai kenaf telah dilakukan sejak 10 tahun lalu dan beliau mahukan industri ini mula digerakkan tanpa menunggu lebih banyak masa kerana pokok ini mempunyai potensi yang besar dengan pelbagai kegunaannya.

Di bawah pelan induk pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), tanah seluas 10,000 hektar akan diusahakan di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dan ia dikenal pasti tanaman alternatif kepada lebih 10,000 penanam tembakau di pantai timur.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan upacara pertukaran dokumen perjanjian antara SASB dengan Samsung Cheil Industries Inc. dan pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Mara dan SASB.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Abdullah mahu pelbagai projek yang telah diusahakan sebagai pemangkin pembangunan ECER termasuk dipastikan kejayaannya agar benar-benar mencapai matlamatnya.

Katanya, bagi menggerakkan sektor aktiviti pertanian berskala besar yang mempunyai nilai tambah serta aplikasi teknologi moden yang tinggi ini, kerajaan melalui Lembaga Tembakau Negara dan agensi lain terus meningkatkan usaha dengan pelbagai pendekatan.

 

 

 

Zeolite: Kepentingannya Dalam Tanaman Dan Sistem Pengairan

21 Ogo

Situasi membimbangkan yang berlaku pada masa kini, ialah tatkala terapat segelintir petani yang kurang mengambil berat mengenai faktor penjagaan selepas penanaman. Selain daripada kawalan serangga dan rumpai, antara elemen yang paling penting dalam proses tumbesaran tanaman ialah faktor pembajaan yang merupakan sumber asas makanan kepada tumbuhan. Fenomena yang berlaku pada masa kini, ialah kerancakkan penggunaan baja kimia yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia yang juga sebenarnya merosakkan struktur tanah yang sudah pastinya akan mengurangkan sumber hasil pertanian pada masa akan datang.

Maka, dalam entri terawal pada hari ini ialah kita akan membincangkan penggunaan Zeolite dalam proses penjagaan tanaman.

Apakah yang kita faham mengenai Zeolite?

Zeolite merupakan kumpulan galian yang unik yang terasil daripada proses Endapan berjuta-juta tahun dahulu  hasil daripada proses letusan gunung berapi. Apakah kepentingan galian ini kepada tanaman anda? Baiklah, kandungan yang terdapat dalam di dalam Zeolite ialah Kalsium, Pottasium,Magnesium, dan kadar pertukaran ion (CEC) sebanyak 120 meq/100g. CEC (Cation Exchange Capacity) atau kadar pertukaran Ion merupakan elemen yang paling untuk mengikat dan menarik bajadan juga sumber-sumber makanan yang berdekatan agar kekal lebih lama tanpa berlakunya pembaziran.

 

Apakah Kegunaan Zeolite?

Pertanian:

  • Menyerap kandungan nutrient dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.
  • Mencegah kehilangan nutrient.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman,
  • Memulih dan memelihara tanah dengan baik sekali.
  • Meningkatkan berat hasil tanaman.
  • Meningkat jangka hayat tanaman.
  • Menyerap 55% air dan menyebarkannya perlahan-lahan kepada tanaman mengikt keperluan.
  • Mengurangkan akar busuk atau rosak dan sesuai untuk musim kemarau yang sederhana.

 Bidang Penternakan Akuakultur

  • Meningkatkan tumbesaran ikan dan ternakan lain.
  • Mengimbangi pH dalam air.
  • Menyerap dan mengunci logam berat, mengelak pembentukan logam berat dalam air.
  • Membaiki dasar kolam dan mengurangkan kandungan ammonia dalam air.

Makanan Tambahan Ternakan

  • Mengurangkan kadar kematian
  • Mengurangkan kehadiran serangga dan lalat.
  • Mencegah penyebaran penyakit.
  • Meningkatkan hasil, kadar kehidupan ternakan ruminant dan unggas.
  • Mengurangkan dan mencegah kenaikkan kandungan ammonia.

Pembersihan Dan Penapisan Air

  • Meningkatkan aktiviti biologi di dalam kolam, kolam kumbahan dan penguraian sisa.
  • Sebagai media pengasingan logam berat dalam air dalam industri perlombongan.

Faedah Menggunakan Zeolite ?

  • Tumbesaran pokok bertambah baik dan sihat.
  • Berat buah-buahan, sayur-sayuran, padi, getah, kelapa sawit dan lain-lain akan bertambah.
  • Daya tahan penyakit kepada tanaman akan bertambah.
  • Pengurangan baja kimia, dalam keadan yang sama hasil tanaman bertambah baik.
  • Mesra alam, dan mengelak daripada kerosakkan tanah.

Cara Penggunaan:

Tanaman

Kuantiti

Masa/Kekerapan

Cara Penggunaan

Kelapa Sawit, Koko, Tebu, Getah, Padi, Balak, Kenaf

100-200kg/ekar

(4-8 Beg/Ekar)

 

Semasa penyedian tanah

1. Tabur keliling pokok.

Atau:

Buah-buahan & Sayur-sayuran

75-150 kh/ekar

(3-6 Beg/ekar)

Campurkan ketika membaja

2.Gali tanah dan tanam.

Atau

 

3.Tabur antara garisan  tanaman.

Atau:

Rumput Padang Golf, Pokok Bunga

200g/m2

(2 Tan/Hektar)

3-4 kali setahun

4.Tabur dengan rata

 Analisis Kandunan Nutrien Gunung Berapi (Clinoptilolite) dalam Zeolite:

 

K       4

Na    12

Mg   18

Ca    85

119 meq/100g (cec)

 

Zeolite: Berasal Daripada Endapan Lahar Gunung Berapi Jutaan Tahun Yang Lampau.

Sebarang pertanyaan mengenai Zeolit: Sila Tinggalkan pada komen anda. Isikan ruangan yang wajib, nama, dan email anda. 

 

Makluman

19 Ogo

Akan bermula… dalam seminggu lagi dari sekarang, harap bersabar ye…!!!!