Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati. hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…
Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.
Bahan Mentah
Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
| BAHAN | 2500 biji | 500 biji | 100 biji |
| Telur Itik (biji) | 2500 | 500 | 100 |
| Garam Halus (kg) | 18.0 | 3.6 | 0.72 |
| Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) | 22.5 | 4.5 | 0.70 |
| Air (liter) | 15 | 5.0 | 0.60 |
| Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) | 6.25 | 1.25 | 0.25 |
Cara memproses
Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
- Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
- Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
- Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
- Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
- Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
- Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.
Sumber:http://www.jphpk.gov.my
A – Z SOAL JAWAB MENGENAI ITIK TELUR
- DI MANA TERDAPAT PERUSAHAAN ITIK TELUR ?
Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri-negeri Kedal, dan Perlis, perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi.
Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri.
- ADAKAH KOLAM AIR MESTI DISEDIAKAN UNTUK MEMELIHARA ITIK TELUR?
Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.
- BAKA-BAKA ITIK TELUR YANG SESUAI DAN PENGELUARANNYA
Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itikitik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Baka dan Pengeluaran Itik Telur
|
Baka |
Berat Telur |
Bil. Telur setahun |
| Khaki Campbell Kacukan (Thailand) |
70 |
260 – 274 biji |
| Kortlang Khaki Campbell (U.K.) |
70 |
300 – 320 biji |
| Indian Runner |
70 |
250 – 275 biji |
| Cherry Valley C2000 |
75 |
275 – 280 biji |
| Itik Jawa |
65 |
180 – 200 biji |
- DARI MANA BAKA-BAKA ITIK TELUR INI BOLEH DIPEROLEHI ?
Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utaria yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak.
-
- Pembekal yang mengimport anak itik telur dari luar negeri seperti dari negeri Thailand.
- Pusat penetasan anak itik telur tempatan.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.
- BERAPAKAH HARGA SEEKOR ANAK ITIK ?
Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam lingkungan $0.80 – $2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya $1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak.
Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit.
Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan.
- ADAKAH ANAK ITIK BERUMUR SEHARI MEMERLUKAN API/LAMPU ?
Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.
- APAKAH PANDUAN SEMASA MEMBERI MAKANAN KEPADA ITIK TELUR ?
Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.
Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:
-
- Makanan tradisional – dedak padi, beras hancur ikan baja.
- Makanan campuran sendiri – penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatansukatan tertentu seperti Hampas Kacang Soya, Beras Hancur, Serbuk Ikan dan lain-lain sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur.
- Makanan komersial – makanan ini dibeli di kedai pembekal makanan ayamitik dan boleh digunakan terus kepada itik telur.
- MENGAPA MAKANAN ITIK TELUR BERSUKAT ?
Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.
Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 – 2.1 kg.
- BAGAIMANA MENDAPATKAN BERAT BADAN ITIK YANG SEIMBANG ?
Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi. Scritiasa tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar.
Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi. Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 – 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya. Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan.
Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.
- JIKA SAYA INGIN MENGGUNAKAN MAKANAN KOMERSIAL, APAKAH JENIS-JENIS YANG BOLEH SAYA GUNAKAN ?
- Duck Starter Crumble 1 hari – 3 minggu.
- Duck Grower Pellet 4 minggu – 15 minggu
- Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas.
- JIKA SAYA INGIN MENCAMPUR MAKANAN ITIK SAYA SENDIRI, DARI MANA SAYA BOLEH PEROLEHI FORMULANYA?
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri atau Unit Ayamitik di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur ada menyimpan beberapa formula yang sesuai untuk tujuan tersebut. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan formula tersebut
- BERAPA BANYAKKAH SEEKOR ITIK TELUR YANG SEDANG BERTELUR MAKAN SEHARI ?
Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 – 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 – 200 gm sehari.
- BILA ITIK TELUR MULA BERTELUR ?
Itik yang menerima makanan yang secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke 18 atau ke 19. Jika makanan tidak cukup, ia tidak bertelur walaupun telah berumur 25 minggu. Tetapi jika makanan terialu berlebihan, ia akan bertelur lebih awal walaupun hanya baru berumur 14 – 16
- BERAPA LAMA ITIK BERTELUR ?
Ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.
- JIKA KULIT TELUR ITIK KOTOR, BOLEHKAH DICUCI DENGAN AIR ?
Tidak boleh! Kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun.
Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.
- SISTEM PERUMAHAN BAGI ITIK TELUR
Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut.
Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek temakan itik telur.
- LUAS LANTAI/TAPAK UNTUK REBAN TELUR ITIK ?
Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif.
Jadual 2 menyarikan keluasan reban yang diperlukan bagi itik
Jadual 2 : Keluasan Reban – Itik Tetur
|
Sistem |
Umur Itik Telur |
||
|
1 hari |
5 minggu |
20 minggu |
|
| Intensif |
10 ekor / m2 |
6 ekor / m2 |
4 – 5 ekor / m2 |
| Separa Intensif |
8 ekor / m2 |
7 ekor / m2 |
2 – 3 ekor / m2 |
Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2Orn Pdalah sesuai untui 500 – 600 ekor itik
- BAGAIMANA MENJAMIN KULIT TELUR VANG BERSIH ?
Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik.
Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering.
- DI MANAKAH TELUR ITIK BOLEH DIPASARKAN ?
Menjual telur itik sepatutnya tidak ada apa-apa masaalah, jika mutu adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri, FAMA ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah dan Perlis.
- APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA SEMASA PENJUALAN TELUR ITIK.
Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.
- BAGAIMANA KUNING TELUR BOLEH DIMERAHKAN ?
Bagi pentemak yang mencampuri makanan itik telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai xan thophyll dan ia boleh memberi warna merah kepada kuning telur. Kulit udang adalah sukar diperolehi.
Selain daripada kulit udang, pewarna sintetik juga sering digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai “corophyll”.
BAGAIMANA WARNA KUNING TELUR DITENTUKAN ?
Telur itik akan dipecahkan dahulu untuk melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas pewarna Roche (Roche’s colour Fan). Kuning telur yang pucat mempunyai bacaan 1 – 12. Bacaan 13 – 15 adalah bagi kuning telur yang merah
BAGAIMANA MEMPEROLEHI “CAROPHYLL”?
Kedai-kedai atau agen membekal makanan itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
- BAGAIMANA MENCAMPURKAN “CAROPHYLL” KE DALAM MAKANAN ?
“Carophyll” ini mahal harganya iaitu di dalam lingkungan $360 – $390/kg. Penggunaannya adalah sedikit dan bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur. Kebiasaannya 8 -12gm “carophyll” digunakan bagi setiap 100 kg. makanan.
Untuk mencampurkan “carophyll” ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 – 2 kg makanan. Gaul saina rata dan selepas tersebut, 5 kg makanan pula dicampur dengan campuran yang terdahulu. Ulang cara ini beberapa kaii dengan menambah makanan ke atas campuran yang telah dicainpur dengan carophyll.
Cara ini ialah untuk mendapatkan campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll.
- SELAIN DARIPADA TELUR SEGAR, BAGAIMANA TELUR ITIK DIJUAL KEPADA ORANG RAMAI ?
Telur asin dan telur abad adalah di antara telur itik yang telah diawit dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket
- BAGAIMANA PULA PENVAKIT ITIK ?
Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi, itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress jika dibandingkan dengan ayam, tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan.
Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat.
- ADAKAAH MENTERNAK ITIK TELUR MENGUNTUNGKAN ?
Ya. Kos mengeluarkan sebiji telur itik ialah dari 6 – 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 – 65% daripada jumlah itik telur.
Jika penternak menggunakan makanan komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 – 75% dan kos pengeluaran sebiji telur adalah dalam lingkungan 10 – 14 sen/biji.
Harga sebiji telur itik gred A (melebihi 65 gm dan warna pada kipas Roche 14 – 15) ialah 15 – 18 sen/biji.
- DI MANA SAVA HARUS PERGI UNTUK KETERANGAN LANJUT ?
Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri yang berdekatan atau menulis terus kepada:
Unit Ayam Itik
Bahagian Pengeluaran
Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Wisma Chase Perdana
Bukit Damansara, Off Jalan Semantan
50630 Kuala Lumpur.
Kami berbangga kerana dapat berkhidmat demi kemajuan dan kemahiran anda.
PENGHARGAAN
Siri Soal Jawab A – Z Mengenai Itik Telur ini telah dihasilkan dengan keriasama Puan Norhayati Omar yang telah menaip keseluruhan teks dan Encik Abu Hassan bin K. Alip, Pegawai Perhubungan Awam JPH serta Encik Mohd Yunus bin Mohd Ariffin, Pegawai Penerbitan, Kementerian Pertanian, yang telah mengatur urusan percetakannya.
Terima kasih.
Sumber: http://agrolink.moa.my
PENDAHULUAN
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 – 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
|
Khaki Campbell |
|
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
2. Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
3. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
4. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN
Induk palsu antaranya:
Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
Sarang bertelur
Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
1. Makanan komersil
2. Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
|
Umur
|
Jenis Makanan
|
Kandungan |
|
|
Protin |
Tenaga |
||
| 0 – 2 minggu | “Duck Starter” |
20 % |
2700-3000 |
| 2 – 3 minggu | “Duck Starter” dicampur “Duck Grower” |
- |
- |
| 4 – 16 minggu | “Duck Grower” |
16 % |
2500 – 2800 |
| 16 minggu dan semasa bertelur | “Layer” |
17 % |
2600 – 2900 |
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
|
Umur |
|
| 0 – 4 minggu |
1.2 kg. – 1.6 kg. |
| 5 minggu – 22 minggu |
11.0 kg – 11.8 kg |
| 22 minggu ke atas (semasa bertelur) |
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari |
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
Menjaga kebersihan ladang setiap masa
Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
- Persediaan sebelum ketibaan anak itik
- Pemeliharaan semasa perindukan
- Pengurusan semasa membesar
- Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
Beri antistress selama 3 hari.
Beri makanan duck starter crumble tanpa had
Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
Keluarkan alat pemanas dan pembentung
Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
Rekod pemeliharaan/pengurusan
Rekod kewangan
Sumber: http://www.jphpk.gov.my
Dengan kesibukan sebagai seorang mahasiswa, saya memohon kemaafan dengan kelembapan perkembangan maklumat daripada blog. Insyaallah, saya akan menambahnya tidak lama lagi.
Golongan jurutera sebagai contoh, sama ada awam, mekanikal, kimia atau jentera – berpendapat mereka boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk ‘memudahkan lagi’ industri pertanian. 


